Thursday, November 11, 2010

OrAnG JoHoR

tengah jalan2 kat facebuk. ternampaklah satu post nieh. tentang 10 perkara tentang ORG JOHOR... setelah hamper 10 thn dok johor. 10 fakta ni boley diterima lah. huhu =)
ni 10 facts tentang orang johor.

1. Penghujung Ekkk… Ekk ialah trademark orang Johor. Digunakan di hujung SETIAP ayat menggantikan tanda soal (question mark). eg : kenape korang wat gni eyk?? korang siape eyk?? 

2. Johor Bahru digelar sebagai Johor and not JB. Biasa digunakan oleh mereka yang tinggal di luar bandar JB. Contoh : CHa, gua nak turun JOHOR laa. Lu mahu ikut gua tak? So, if you ARE already in Johor, tak kira di daerah mana – if the locals kata nak pergi Johor, it means nak ke Johor Bahru. Jangan pulak buat lawak bongok berkata, ” Eh, lu kan dah ada kat Johor?” Or worse, jangan memandai nak tambah ekk with that question.

3. They pronounce Muar as MUOR. (kena juih bibir sikit) In fact you pronounce everything that ends with “AR” as “OR”. Contoh : Aku kena pakai seluor besor untuk main bola kat Bandor Muor besok. (Aku kena pakai seluar besar nak main bola di Bandar Muar besok).BESOR. SLIPPOR ? Lapo (lapar), penampor (penampar), ulor (ular), pagor (pagar) dan lain-lain.

4. They are gifted with a CRAZY sense of humour. Kami suka loyar buruk or kepala bigor. (Bee-Gor)

5. Diorang ada ENDUT. asyik2 nak berendut. damn, word yang susah nak jumpe kat lua johor. =)

6. Diorang Makan Gula Tarik, Sagun, Gula Kandy, Bobotok (tmbhn, gula2 udang. gula2 rabbit)

7. Pernah (or berangan nak) jadi Mat Rock sebab kedudukan Johor dekat dengan Singapore, sebab itulah pengaruh Barat di Malaysia masuk melalui Johor dulu. So, tak heranlah kalau kumpulan Rock kat Malaysia ini semua ada susur galur dari Johor. Amy, Zainal Abidin, Nash etc.

8. Kenduri Kawin Ada Telur Pindang.. Telur pindang ialah telur ayam yang direbus dengan segala macam rempah dan dedaun untuk mendapatkan that special taste. Lepas rebus, telur akan berwarna cokelat. ada kenduri kawen, inshallah, ader telur pindang

9. Tidur atas LECA (rhyme with letak and baca, the non-baku way). Baju simpan dalam GEROBOK .

10. They never watch RTM sebab semua cerita dah tengok kat TV Singapore n indonesia!!! Well, TV Singapore cuma dapat ditengok oleh penduduk JB dan kawasan yang sewaktu dengannya. As you go further up north (of Johor), you can see aerial TV semua setinggi pokok kelapa – semata-mata nak dapatkan siaran from Singapore n indonesia!…tv3 bru nk kluakn cter malin kundang kite dah bis tgk Apa lagi EKK?





No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...