Sunday, October 10, 2010

Permulaan sebuah kehidupan

"Kemudian Kami ciptakan air benih itu menjadi sebuku darah beku lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging; kemudian Kami ciptakan daging itu menjadi beberapa tulang; kemudian Kami balut tulang-tulang itu dengan daging. Setelah sempurna kejadian itu Kami bentuk ia menjadi makhluk yang lain sifat keadaannya. Maka nyatalah kelebihan dan ketinggian Allah sebaik-baik Pencipta." (Mafhum Surah al-Mukminuun: 14)


terdetik di hati ini, kagumnya dengan kekuasaan ALLAH swt. siapa pernah terpikir. bagaimana pembentukkan manusia dari sekecil2 zarah, menjadi manusia yang lengkap dan sempurana. jika dibandingkan dari konsep sains perubatan pula.....


1) air benih itu menjadi sebuku darah beku = pencantuman sperma dan ovum menjadi zigot
2) darah beku itu menjadi seketul daging = pembesaran zigot menjadi blastocyst
3) daging itu menjadi beberapa tulang dan Kami balut tulang-tulang itu dengan daging = pembesaran blastocyst menjadi embryo
4) bentuk ia menjadi makhluk yang lain sifat keadaannya = pembentukan fetus atau lebih dikenali sebagai janin..

masha-Allah.... ALLAH maha berkuasa. segala yang berlaku didunia ini, semua diketahui olehnya. tiada siapa yang lebeh mengetahui selain ALLAh swt.. dalam 13 minggu..... 

Minggu pertama - 8 hari selepas proses persenyawaan berlaku, pembentukan blastocyst
Minggu ke-2 - Blastocyst menggelembung dan sel-sel mula berkembang, penempelan ke dinding rahim berlaku
Minggu ke-3 - embrio terbentuk, Gen telah mula menjalankan tugas, organ2 mulai terbentuk
Minggu ke-4 - Janin sudah mulai membentuk struktur asas manusia. pembentukkan otak, paru-paru, dll.
Minggu ke-5 - Embrio akan terus membesar.organ2 penting didalam badan telah terbentuk dgn tindakan gen- gen bayi.
Minggu ke-6 - janin sudah membentuk kepada dan badan.
Minggu ke-7 - Pembentukan bayi semakin jelas terbentuk dan berada didalam kantungan cecair (amniotic fluid)
Minggu ke-8 - Rupa bayi sudah mulai; anggota tangan serta kaki juga terbentuk walaupun tidak berapa jelas lagi.
Minggu ke-9 - Saiz bayi ketika ini hanyalah sebesar sebiji anggur iaitu dalam saiz seinci; bayi telah mula menggerakkan jari
Minggu ke-10 - Bayi sudah kelihatan seperti manusia yang lengkap.
Minggu ke-11 - Alat kelamin luar pula mula terbentu; jantina boleh dikenalpasti
Minggu ke-12 - Usia kehamilan masuk 3 bulan, kebanyakan wanita akan mula kelihatan tanda-tanda fizikal tentang kehamilannya.
Minggu ke-13 - Kepala bayi membesar dengan lebih cepat; Pada masa ini ibu mungkin akan mengalami perubahan ketara akibat perubahan hormon yang berlaku dalam badan.
Minggu ke-14 - Degupan jantung bayi akan semakin kuat; bayi kelihatan kurus ; Kulitnya sangat nipis sehingga kita dapat melihat saluran darahnya.

Minggu ke-15 - Bayi sudah mampu menggenggam tangannya dan menghisap ibu jari. Kelopak matanya masih tertutup dan akan terus kekal sedemikian sehingga minggu ke-26. 
Minggu ke-16 - Kehamilan kini sudah hampir 4 bulan. Pada masa ini badan perlu senantiasa sihat dan bertenaga.


sehigga minggu ke 36..








maha suci ALLAH.tuhan sekalian alam..





LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...